Khamis, 26 Mei 2011

Tanggal 21 MEI 2011 ku harapkan kegembiraan yang berganda mendatang. Mana kah tidaknya....aku akan bertemu dengan kawan2 yang sekian lama tidak ku temui. Di Senawang, Negeri Sembilan aku diketemukan dengan seorang kawan seperjuangan semasa mengajar di Sekolah Menengah Seri Gombak. Sepuluh tahun merupakan jangka masa yang panjang. Alhamdulillah....juga dengan beberapa orang kawan yang lain. Semuanya sihat-sihat belaka walaupun umur masing=masing sudah mencecah 50 tahun.

Namun di Melaka, kegembiraanku bercampur pilu. Dua orang teman sekelas semasa menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa pada tahun 1978-1980 yang kini menjadi sepasang suami-isteri, sedang menghadapi dugaan Yang Maha Kuasa. Kuharapkan engkau SAFRAN dan KHAIRIAH...kuatkanlah hatimu. Terimalah dugaan ini dengan redha. 30 tahun kita terpisah, tapi aku bukanlah insan yang mudah melupakan teman. Aku akan sentiasa medoakan kalian sihat dan hidup bahgia. Kencing manis yang meyebabkan sebelah kakimu tiada.....namun kulihat kekuatan ada pada dirimu Safran. Begitu juga kanser yang kau hidapi Khairiah......kau masih tenang. Berbagai cara untuk aku lindungi kesedihan ini dari terlihat oleh kalian. Di dalam hati hanya Allah yang tahu.

Mereka adalah antara manusia yang berfikiran jauh semasa mudanya. Mereka mempunyai bekalan kewangan yang selesa kerana insuran/takaful yang mereka sertai sejak awal lagi kini benar-benar membantu mereka. Siapa yang tahu kalau dulunya mereka sihat walafiat tetapi sekarang............SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, pepatah orang tua dulu-dulu............

Melalui mereka juga aku telah dipertemukan dengan seorang lagi teman, MARIYA, pada 24 MEI yang lalu dan dapat berhubugan dengsn ROHANA. Aku akan sentiasa mendoakn kesejahteraan teman-temanku. InsyaAllah......aku sedang berusaha untuk menjejaki teman-teman yang lain. Kami akan bertemu sebagai sebuah keluarga yang besar.

Khamis, 18 Februari 2010

Saving Yang Menguntungkan

Insuran/Takaful menjamin perlindungan kepada peserta apabila berlakunya kematian(biasa atau kemalangan), keilatan kekal (biasa atau kemalangan), sekiranya diserang penyakit kritikal, khairat kematian di samping elaun harian hospital. Tidakkah itu sesuatu yang membanggakan? Tidak perlu mengeluarkan wang simpanan yang ada untuk perbelanjaan perubatan. Waris yang ditinggalkan tidak perlu meminta-minta di saat berhiba dengan kehilangan orang yang disayangi. Bayangkanlah, sekiranya yang ditinggalkan itu dalam usia yang terlalu awal untuk mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Alangkah bahagianya roh kita nanti sekiranya melihat orang-orang yang disayangi hidup dengan bahagia hasil dari kesedaran kita semasa kita hidup bersama mereka. "Yang hidup nanti pandai-pandailah untuk hidup." Allah hu Akbar. Elakkanlah dari kalimah itu demi kebahagiaan kita di alam baka.

Bayangkan juga sekiranya kita dipanjangkan umur, di saat keupayaan diri untuk meneruskan hidup sudah berkurangan, apa lagi yang mampu dilakukan? SIMPANAN di samping perlindungan yang kita buat 20 atau 30 tahun lalu amat membantu kita untuk meneruskan hidup. Sekurang-kurangnya kita tidak akan menyusahkan orang lain terutama anak-anak kita. Renung-renungkanlah.

Rabu, 8 Julai 2009

Mencari Pasaran

Setelah empat tahun berkecimpung dalam bidang perkhidmatan kewangan, kini Emerald Sparkle mula dikenali di samping sembilan tahun pengalaman saya dalam bidang insuran (Takaful).

Pengalaman memainkan peranan penting dalam mengendalikan syarikat yang berupa perkhidmatan ini di samping PR yang baik. Pergaulan yang luas memudahkan pencarian pasaran untuk syarikat ini. Referal juga banyak memberi sumbangan dengan perkhidmatan berterusan terhadap setiap client pula dapat membantu meningkatkan pendapatan. Walaubagaimanapun, keizinan Allah itu adalah yang utama di samping usaha gigih yang berterusan tanpa perasaan putus asa. Dengan itu sentiasalah berdoa, insyaallah.